Friday 28 September 2012

TIPS UNTUK MENJAGA UBAT-UBATAN KITA



Assalamualaikum wbt
Hi ladies n gentleman .. ;)

Jom nayli nak sharing maring sikit tips dengan anda semua.. 

Bagaimanakah cara anda perlu menyimpan ubat?
  • Simpanlah ubat di dalam bekas yang asal.
  • Simpanlah ubat tersebut di dalam peti sejuk jika perlu berbuat demikian.
  • Simpanlah ubat ditempat yang kering, dingin dan elakkan terdedah daripada cahaya matahari.
  • Simpanlah ubat jauh dari kanak- kanak.
Bagaimanakah cara anda patut melupuskan ubat anda?
  • Buang semua ubat yang melewati tarikh luput.
  • Buang ubat yang tidak digunakan lagi.
  • Tanya ahli farmasi anda cara yang betul dan selamat untuk melupuskan ubat.

Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

PANDUAN KESELAMATAN UBAT-UBATAN



Assalamualaikum :)
Hi ladies and gentleman..
Sini nayli nak share maring pasal PANDUAN KESELAMATAN UBAT-UBATAN .. 
Ia sangat sangat penting, sebelum kita membeli ubat-ubatan.. Jangan main beli je.. Nanti, kena yang tiruan.. Alamak! Tak payah nak alamak sangat la masa tu ya.. Hahaha.. Jom baca artikel berilmu ni darling semua ;)

Pastikah anda tentang keselamatan ubat yang anda makan? Semua ubat, termasuk ubat herba dan ubat-ubat cina, dan vitamin tertakluk kepada undang-undang.

Ubat-ubat dan vitamin yang dijual di Malaysia mestilah berdaftar dengan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan yang bertanggungjawab dengan proses pendaftaran ini ialah BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) yang terletak di Petaling Jaya.

Setiap ubat dan vitamin yang berdaftar akan diberi nombor pendaftaran. Sila pastikan barangan yang anda ingin beli itu mempunyai salah satu label berikut:

PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah – Drug Control Authority). PBKD adalah label yang lama, yang kini telah digantikan dengan MAL.

MAL (Malaysia)

Secara mendalamnya,

Ubat-ubat terkawal ditanda dengan huruf A pada penghujung nombor. Contohnya - Ventolin Evohaler yang digunakan untuk asthma mempunyai label MAL20000727AR

Ubat-ubatan tradisional – huruf T. Contohnya Ubat cina Ling Dan mempunyai label MAL19985281TC

Ubat-ubatan OTC – huruf X. Contohnya Panadol 50s mempunyai label MAL19950080X

Produk kosmetik – huruf K

Dengan menggunakan produk yang berdaftar dengan KKM anda boleh merasa yakin dengan ketulenan isi kandungannya (seperti dijamin tidak mengandungi steroid, dan sebagainya).

Pastikan selain daripada tarikh luput sesuatu barangan, jangan lupa untuk memeriksa PBKD ataupun MAL nya.

Untuk memeriksa kesahihan nombor MAL atau PBKD, anda boleh memeriksanya dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmasi di sini.

Mulai May, 2005 juga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan penggunaan hologram pada ubat-ubat berdaftar untuk memudahkan pengguna mengesan produk-produk tiruan dan palsu. Pelekat hologram ini mempunyai perkataan PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah) dan juga DCA (Drug Control Authority) di samping nombor siri.

Garis panduan:

Dapatkan ubat dari sumber yang dipercayai seperti farmasi atau klinik

Pastikan ia berdaftar dengan mempunyai nombor pendaftaran. Nombor ini pula boleh dipastikan kesahihannya dengan memeriksanya di laman web Biro Pengawalan Farmasi

Pastikan ubat-ubatan mempunyai pelekat hologram.

Pastikan ubat masih belum luput.
 

EJEN DROPSHIP NAYLI SUHAILI COLLECTIONS

Perkhidmatan Dropship Ejen

 A. Kelebihan Menjadi Dropship Ejen
     * Modal tidak diperlukan.
     * Anda tidak perlu menyimpan stok
     * Anda tidak perlu untuk membungkus dan penghantaran

 B. Pendaftaran Dropship Ejen
     Daftar melalui :
  1. Facebook ( Nayli Suhaili ) atau
  2. Email ( naylisuhaili@yahoo.com )
    Subject : PENDAFTARAN DROPSHIP AGENT
     Sila beri butiran seperti berikut
  • Nama Penuh
  • Tel No
  • Alamat
  • Blog / FB account
C. Apa Yang Perlu Anda Lakukan
     * Upload foto-foto Nayli Suhaili Collections dan segala butiran
     * Mempromosi produk Nayli Suhaili Collections melalui laman web,
        facebook, blogspot dan lain-lain
     * Mengendalikan pertanyaan daripada pelanggan anda
     * Catit pesanan pelanggan dan mengutip bayaran
     * Membuat bayaran kepada Nayli Suhaili Collections
     * Berikan details pelanggan anda kepada kami untuk proses penghantaran
        Nama :
        Alamat :
        Hp : 


 D. Nota Khas
     Sila pastikan status stok untuk produk yang di tempah sebelum anda
     mengutip bayaran daripada pelanggan anda. Jika tidak anda mungkin perlu
     menukarnya semula. 

E. Kadar Penghantaran
     Semenanjung = RM 7
     Sabah Sarawak Brunei = RM 10
     *Kadar penghantaran akan berubah jika barang lebih dari 500g.

DEALER dan DROPSHIP AGENT

Assalamualaikum wbt ..
Hi ladies and gentleman .. ;)

Ramai yang keliru sebenarnya, antara DEALER dan DROPSHIP AGENT. Kedua-duanya ada perbezaan ye sayang semua.. Jom nayli explain :-

DEALER
Kalau dealer, mereka mesti mempunyai stok yang mencukupi. Sebab? Nama dealer akan diiklan di blog jadi end user akan menghubungi mereka untuk beli barang. Dealer juga membeli dalam kuantiti barang yang besar. Harga dealer juga lebih murah dari dropship agent. 

DROPSHIP AGENT
Dropship agent pula, mereka tak perlu bersusah-payah menyimpan stok. Mereka cuma perlu cari pelanggan, bila sudah dapat pelanggan, mereka cuma deal. Pihak Nayli Suhaili Collections akan uruskan semua penghantaran kepada pelanggan mereka. Mereka cuma perlu membayar kepada Nayli Suhaili Collections : harga agent + pos laju.