Friday 28 September 2012

PANDUAN KESELAMATAN UBAT-UBATAN



Assalamualaikum :)
Hi ladies and gentleman..
Sini nayli nak share maring pasal PANDUAN KESELAMATAN UBAT-UBATAN .. 
Ia sangat sangat penting, sebelum kita membeli ubat-ubatan.. Jangan main beli je.. Nanti, kena yang tiruan.. Alamak! Tak payah nak alamak sangat la masa tu ya.. Hahaha.. Jom baca artikel berilmu ni darling semua ;)

Pastikah anda tentang keselamatan ubat yang anda makan? Semua ubat, termasuk ubat herba dan ubat-ubat cina, dan vitamin tertakluk kepada undang-undang.

Ubat-ubat dan vitamin yang dijual di Malaysia mestilah berdaftar dengan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan yang bertanggungjawab dengan proses pendaftaran ini ialah BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) yang terletak di Petaling Jaya.

Setiap ubat dan vitamin yang berdaftar akan diberi nombor pendaftaran. Sila pastikan barangan yang anda ingin beli itu mempunyai salah satu label berikut:

PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah – Drug Control Authority). PBKD adalah label yang lama, yang kini telah digantikan dengan MAL.

MAL (Malaysia)

Secara mendalamnya,

Ubat-ubat terkawal ditanda dengan huruf A pada penghujung nombor. Contohnya - Ventolin Evohaler yang digunakan untuk asthma mempunyai label MAL20000727AR

Ubat-ubatan tradisional – huruf T. Contohnya Ubat cina Ling Dan mempunyai label MAL19985281TC

Ubat-ubatan OTC – huruf X. Contohnya Panadol 50s mempunyai label MAL19950080X

Produk kosmetik – huruf K

Dengan menggunakan produk yang berdaftar dengan KKM anda boleh merasa yakin dengan ketulenan isi kandungannya (seperti dijamin tidak mengandungi steroid, dan sebagainya).

Pastikan selain daripada tarikh luput sesuatu barangan, jangan lupa untuk memeriksa PBKD ataupun MAL nya.

Untuk memeriksa kesahihan nombor MAL atau PBKD, anda boleh memeriksanya dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmasi di sini.

Mulai May, 2005 juga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan penggunaan hologram pada ubat-ubat berdaftar untuk memudahkan pengguna mengesan produk-produk tiruan dan palsu. Pelekat hologram ini mempunyai perkataan PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah) dan juga DCA (Drug Control Authority) di samping nombor siri.

Garis panduan:

Dapatkan ubat dari sumber yang dipercayai seperti farmasi atau klinik

Pastikan ia berdaftar dengan mempunyai nombor pendaftaran. Nombor ini pula boleh dipastikan kesahihannya dengan memeriksanya di laman web Biro Pengawalan Farmasi

Pastikan ubat-ubatan mempunyai pelekat hologram.

Pastikan ubat masih belum luput.
 

No comments:

Post a Comment